𝗞𝗘𝗞 𝗞𝗔𝗥𝗔𝗠𝗘𝗟 𝗣𝗜𝗦𝗔𝗡𝗚
Bahan karamel:
Karamel/gula hangus
7 sudu besar gula
7 sudu besar air
Cara:
1. Cairkan gula dalam periuk, atas api kecil sehingga menjadi karamel, kacau.
2. Masukkan air. Masuk kan karamel tadi ke dalam loyang 10x10 dan ratakan karamel. Ketepikan dan sejukkan.
Bahan puding:
4 biji telur saiz A
4 keping roti
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan air suam
1 sudu teh esen vanila
Cara:
1. Satukan semua bahan dan kisar.
2. Tapiskan dan masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel.
3. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus 30 minit.
Bahan kek pisang:
2 cawan tepung naik sendiri
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan gula perang/gula pasir
1 cawan minyak jagung/minyak masak
1 cawan pisang berangan dilecek
3 sudu besar susu pekat/susu tepung
Cara:
1. Satukan telur, gula dan esen vanilla. Mixer hingga sebati.
2. Masukkan susu, minyak jagung dan pisang, mix lagi.
3. Kemudian masukkan tepung, kacau hingga sebati. Tuang adunan ke atas karamel dan kukus 45 minit.
4. Apabila sudah masak, biar kek sejuk selama 30 minit sehingga tepi kek lekang/renggang dari loyang.
5. Sisipkan bahagian tepi kek dengan pisau dan terbalikkan perlahan-lahan di atas bekas. Siap.
Kredit Resepi: Fauziah Yahya
.
.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「puding roti karamel」的推薦目錄:
- 關於puding roti karamel 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
- 關於puding roti karamel 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
- 關於puding roti karamel 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
- 關於puding roti karamel 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
- 關於puding roti karamel 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於puding roti karamel 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於puding roti karamel 在 Resepi Puding Roti Karamel | Caramel bread Pudding By ... 的評價
- 關於puding roti karamel 在 Caramel Bread Pudding recipe | puding roti karamel - YouTube 的評價
- 關於puding roti karamel 在 Resepi Puding Roti Karamel - YouTube 的評價
- 關於puding roti karamel 在 Puding Roti Karamel - YouTube 的評價
- 關於puding roti karamel 在 ASMR : PUDING KARAMEL GUNA BLENDER & NO OVEN 的評價
- 關於puding roti karamel 在 Puding roti karamel | Malaysian dessert, Pudding ... - Pinterest 的評價
- 關於puding roti karamel 在 PUDING ROTI KARAMEL GUNA BLENDER & NO OVEN 的評價
- 關於puding roti karamel 在 Puding roti karamel - Facebook 的評價
- 關於puding roti karamel 在 PUDING ROTI KARAMEL GUNA BLENDER & NO OVEN 的評價
- 關於puding roti karamel 在 Senangnya Masak - Puding Roti Karamel Bahan2nya - 4... 的評價
puding roti karamel 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
Puding Roti Karamel Mudah Tetapi Sangat Sedap,
Bahan-bahan:
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat - Yatie letak 3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - Yatie kukus 30minit je.
Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.
kredit: DariDapur
puding roti karamel 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
puding roti karamel ❤️
yg mana nk cuba buat.. cikza bagi resepi sekali..
4 Sb gula dijadikan gula hangus.. cair kn siap2 dlm loyang.
Puding roti karamel.
Bhn2:
4 keping roti gardenia
4 biji telur
1 tin susu cair
1 /2 tin susu pekat
1 tin air
1 sudu teh esen vanilla
Cara2:
Carik2kan roti.satukan bersama susu cair,susu pekat n air blend sampai sebati.
Sementara tu,pukul telur sampai hancur n tapis masukkan ke dlm adunan roti td.
Masukkan esen vanila,blend lg sampai sebati.
kemudian masukkan ke dlm loyang yg ada gula karamel td.
Panaskan periuk pengukus terlebih dahulu.
Kukus adunan selama 45 minit atau sehingga masak.selamat mencuba ❤️
puding roti karamel 在 Resepi Puding Roti Karamel | Caramel bread Pudding By ... 的推薦與評價
... <看更多>